Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pandelela fokus terjunan baharu


Tarikh kemaskini: 21/07/2019





KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Ratu terjun negara, Pandelela Rinong bakal mempertaruhkan gaya terjunan baharu dalam Kejohanan Terjun Piala Asia di Kuala Lumpur pada September ini.

Katanya, selepas sekadar meraih tempat kelima dalam acara 10 meter (m) platform individu di Kejohanan Terjun Dunia ke-18 di Korea Selatan, beliau mahu memberi saingan lebih sengit kepada pencabar dari negara lain.

"Peluang lebih besar dengan terjunan baharu sebab beberapa penerjun muda ketika ini guna darjah kesukaran yang tinggi, jadi saya tidak mahu lagi berada di zon selesa.

"China juga sudah tukar pasangan baharu yang lebih muda dan bertenaga jadi skuad Malaysia perlu berusaha lebih keras," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, hari ini.

Kejohanan itu menyaksikan Malaysia meraih dua slot ke Sukan Olimpik Tokyo apabila gandingan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee meraih tiket pertama ke Olimpik menerusi acara 10m platform seirama wanita.

Pandelela kemudian meraih tiket kedua Sukan Olimpik melalui acara 10m platform individu.

Pada masa sama, penerjun veteran Leong Mun Yee berharap selepas empat kali bertanding di Olimpik, satu pingat sekurang-kurangnya dapat berada dalam genggamannya nanti.

"Kelayakan kali ini agak susah tapi saya gembira dapat layak ke Olimpik lebih awal. Olimpik Tokyo bakal jadi pentas kelima untuk saya dan apa yang penting adalah jaga diri supaya tidak mengalami kecederaan sebab selepas layak, langkah seterusnya adalah meraih pingat," katanya.

Wendy Ng Yan Yee yang layak ke Olimpik Tokyo selepas meraih tempat kesembilan dalam pusingan akhir acara 3m papan anjal individu wanita menganggap cabaran akan menjadi lebih sukar selepas ini dan fokusnya adalah untuk meningkatkan prestasi pada kejohanan akan datang.

Dalam pada itu, jurulatih terjun negara Li Rui berkata beberapa prestasi penerjun negara semakin meningkat terutamanya Leong Mun Yee yang dilihat sudah berlatih bersungguh-sungguh, dan pencapaian yang diraih dianggap sebagai satu pulangan yang berbaloi.

Skuad terjun negara akan memulakan sesi latihan selama tiga minggu di Sichuan, China pada Ogos ini sebelum menghadapi Kejohanan Terjun Piala Asia.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli

 
     

Terima keputusan Kabinet lanjut lesen Lynas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel