Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MOTAC cadang senaraikan Festival Balik Pulau dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2020


Tarikh kemaskini: 21/07/2019





BALIK PULAU, 21 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menimbangkan cadangan untuk menyenaraikan Festival Balik Pulau dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2020.

Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata cadangan itu susulan sambutan hangat yang diterima sepanjang tiga hari penganjuran festival yang julung kali diadakan itu, dan ia disifatkan sebagai satu kejayaan yang besar. 

“Kita rancang begitu (memasukkan festival ke dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2020) kerana kita telah menerima kunjungan lebih 15,000 sepanjang tiga hari ini walaupun pertama kali diadakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutupan Festival Balik Pulau 2019, di sini hari ini. 

Majlis itu telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di perkarangan Kompleks Sukan Balik Pulau, di sini. 

Muhammad Bakhtiar yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata festival itu akan diteruskan sebagai acara tahunan di bawah MOTAC, bagi memupuk rasa cinta dan menghargai kesenian serta budaya Malaysia khususnya kepada generasi muda selain mempromosikan keindahan Balik Pulau.

“Terdapat banyak penambahbaikan yang kita akan lakukan untuk tahun-tahun seterusnya. Kita akan fokuskan (program) kepada generasi muda untuk didedahkan dengan kekayaan seni dan budaya Malaysia. Itu tema yang akan ditekankan dalam festival ini. 

"Saya juga ada menerima cadangan daripada Tun Abdul Rahman yang meminta supaya festival akan datang turut diadakan pada musim durian kerana Balik Pulau terkenal dengan durian,” katanya. 

Beliau berkata pihak kementerian sentiasa menekankan aspek seni, budaya dan warisan masyarakat Malaysia di dalam penganjuran program-program yang dijalankan di seluruh Malaysia. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel