Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ibu bapa jangan ambil mudah perkembangan sahsiah anak - Mukhriz


Tarikh kemaskini: 21/07/2019





SUNGAI PETANI, 21 Julai (Bernama) -- Ibu bapa diminta tidak mengambil mudah perkembangan anak-anak sama ada daripada aspek sahsiah mahupun akademik mereka, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata ini kerana ibu bapa dan keluarga adalah pengasuh paling penting dan mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak. 

"Apa yang ingin ditekankan di sini, ibu bapa jangan mengambil mudah tentang perkembangan anak-anak sama ada dari segi perkembangan sahsiah mahu pun akademik kerana pada usia begini mereka perlukan bimbingan yang baik dari ibu bapa iaitu 'role model' pertama anak-anak.

"Generasi yang baik adalah yang dilahirkan dari persekitaran yang harmoni dan mempunyai didikan yang baik bermula dari rumah mahupun institusi pembelajaran," katanya ketika berucap menutup Hari Potensi Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, Mukhriz berkata tanggungjawab mendidik anak-anak bukan hanya bergantung kepada guru semata-mata sebaliknya turut melibatkan peranan ibu bapa itu sendiri bagi memastikan pembelajaran anak-anak tersebut berterusan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel