Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MOF lulus RM1 bilion naik taraf fasiliti pengimbas pintu masuk negara


Tarikh kemaskini: 21/07/2019





LABUAN, 21 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan peruntukan hampir RM1 bilion untuk menaik taraf fasiliti mesin pengimbas di lokasi-lokasi utama pintu masuk negara.

Menterinya Lim Guan Eng berkata peruntukan itu juga adalah untuk pembelian 76 mesin pengimbas baharu dan 32 bot peronda bagi memantapkan lagi aktiviti kawalan perbatasan negara.

Katanya perolehan untuk fasiliti dan aset ini akan dibuat secara tender terbuka.

Guan Eng berkata kementeriannya mengakui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memainkan peranan penting dalam pengumpulan hasil untuk kerajaan bagi membantu perkhidmatan awam dan operasi kerajaan dapat berjalan secara lancar.

"Menyedari hakikat ini, kerajaan mengambil berat terhadap kemampuan dan keperluan JKDM dalam melaksanakan tugas yang penting ini, secara efisien, profesional dan bersih," katanya pada majlis perasmian Menaik Taraf Pejabat Bahagian Perkastaman dan Pengurusan serta Pelancaran Sistem e-Clearance di bangunan Kastam Labuan hari ini.

Guan Eng berkata pengenalan sistem e-Clearance Labuan ini membolehkan urusan boleh dilakukan secara dalam talian.

"Ini adalah satu daripada contoh inovasi teknologi dan penambahbaikan yang sedang dilakukan ke arah itu," katanya.

Beliau turut memuji inisiatif JKDM Labuan yang dapat membantu dan menjadikan agensi itu lebih berdaya maju dalam era mencabar ini.

Guan Eng berkata kerajaan sentiasa meningkatkan kemampuan dan capaian JKDM, dan  memastikan tahap layanan yang diberikan kepada rakyat turut ditingkatkan.

"Adalah diharapkan dengan penaiktarafan yang dilaksanakan sendiri oleh JKDM dengan kos RM2.4 juta ini, ruang pejabat yang kondusif ini dapat memberi keselesaan dan semangat yang tinggi kepada seluruh warga Kastam Labuan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai organisasi pemungut cukai negara dan seterusnya mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan dan kualiti kerja.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel