Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jambatan bailey yang banyak berjasa kepada penduduk Tuaran


Tarikh kemaskini: 21/07/2019




TUARAN, 21 Julai (Bernama) -- Jambatan bailey menyeberang Sungai Labuaya, di sini, terus menjadi kemudahan pilihan lebih 5,000 pengguna setempat untuk ke pekan Tuaran setiap hari, walaupun usia kemudahan itu sudah menjangkau lima dekad.

Kemudahan sepanjang lebih 100 meter panjang itu cukup terkenal dalam kalangan pengguna berkenderaan bukan hanya dari Tuaran, malah pengguna dari daerah lain seperti Kota Belud, Kota Marudu, Pitas dan Kudat, yang ingin singgah di pekan ini.

Mengikut sejarah, jambatan berusia kira-kira 50 tahun itu, dibina pada awal tahun 80-an untuk kemudahan penduduk kampung berhampiran seperti Serusup, Tajau, Penimbawan, Kindu, Indai, Selupoh dan Kegayungan menyeberang ke pekan ini.

Sebelum itu, penduduk perkampungan terbabit terpaksa menggunakan tongkang atau sampan setiap kali hendak ke pekan, memandangkan tiada kemudahan lain disediakan di situ.

Difahamkan, jambatan itu pernah melalui detik mengerikan apabila sebahagian kemudahan yang menggunakan besi sebagai struktur utama binaan patah  ketika dilalui kenderaan berat  kira-kira 30 tahun lalu.

Bagaimanapun, tragedi itu tidak mengorbankan nyawa pengguna, namun menimbulkan kesulitan kepada penduduk setempat untuk ke pekan Tuaran, kerana ketika itu belum ada jalan alternatif lain berbanding sekarang.

Jambatan bailey yang dibangun menggunakan teknologi British, diselanggara Jabatan Kerja Raya secara berkala bagi memastikan kemudahan itu sentiasa dalam keadaan selamat untuk pengguna.

Jambatan bailey Sungai Labuaya kini menjadi kemudahan tunggal yang masih boleh digunakan, apabila kemudahan sama menyeberang Sungai Topokon, Tamparuli, ditutup selepas kemudahan baharu dibina menggantikan jambatan usang berusia lebih 20 tahun.

Pengguna, Borhan Ali, 49, mengakui sedikit bimbang setiap kali menggunakan jambatan itu, berikutan banyak lantai papan tercabut sehingga dikhuatiri boleh mengundang bahaya kepada pengguna kenderaan.

"Keadaan itu berlaku berpunca kelewatan kerja penyelenggaran menggantikan lantai tercabut oleh kontraktor bertanggungjawab melaksanakan tugas berkenaan," katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Borhan berharap pihak bertanggungjawab menyelenggara jambatan tersebut  sentiasa melakukan pemantauan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel