Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang Asli Kuala Koh disaran ambil tindakan undang-undang - Husam


Tarikh kemaskini: 21/07/2019





TUMPAT, 21 Julai (Bernama) -- Masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang disaran agar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa menyebabkan masalah pencemaran di kawasan penempatan mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, ia bagi memastikan kehidupan mereka Orang Asli lebih terjamin pada masa hadapan.

"Saya menyarankan agar mana-mana peguam secara sukarela bagi pihak Orang Asli menyaman pihak terbabit supaya perkara ini diteladani. Ia bertujuan agar tiada lagi pihak menyembunyikan amalan perlombongan haram kerana ia mencemarkan persekitaran dan punca air kepada Orang Asli dan penduduk lain," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bunga Raya di sini, hari ini.

Kegiatan perlombongan haram memungkinkan mereka dan keluarga dijangkiti penyakit yang sehingga kini tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa.

Walaupun hasil kajian awal dikatakan akibat demam campak namun bedah siasat mendapati hanya tiga mangsa yang meninggal dunia disahkan akibat penyakit itu.

Semalam, Presiden Persekutuan Persatuan Perubatan Perubatan Malaysia (FPMPAM) Dr Steven Chow dilaporkan sebagai berkata ujian makmal terhadap sampel yang diambil dari sumber air pada 10 dan 11 Jun lepas di sekitar Kampung Kuala Koh mendapati wujudnya kandungan bahan pencemar dan toksik.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel