Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki tempatan disyaki curi besi penutup longkang di Inanam


Tarikh kemaskini: 21/07/2019





KOTA KINABALU, 21 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki warga tempatan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri besi penutup longkang termasuk penebat pencawang elektrik di sekitar Inanam, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata suspek ditahan di belakang sebuah pasar raya dekat pekan Inanam selepas anggota polis menjalankan rondaan di kawasan itu mendapati kereta dipandu suspek berada dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

“Ketika polis menghampiri kereta itu mendapati terdapat beberapa besi penutup longkang berada di bahagian penumpang belakang kereta.

“Setelah pemeriksaan lanjut dibuat, polis mendapati 30 unit besi penutup longkang, sembilan unit penebat pencawang elektrik dan masing-masing satu unit pemotong besi serta gergaji besi disimpan dalam kereta yang digunakan suspek pada masa itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ketika pemeriksaan, polis cuba menahan seorang lagi lelaki yang juga rakan suspek namun berlaku sedikit pergelutan sehingga lelaki berusia lingkungan 20an itu dapat melarikan diri.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek turut mengaku baharu sahaja mencuri besi penutup longkang di kawasan sekitar Inanam.

Polis masih memburu rakan suspek yang masih bebas, dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel