Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pejalan kaki maut dilanggar kereta di Tawau


Tarikh kemaskini: 21/07/2019




TAWAU, 21 Julai (Bernama) -- Seorang pejalan kaki maut, selepas dilangggar sebuah kereta di Kilometer 11.2, Jalan Apas, berhampiran tanah perkuburan, kira-kira jam 6.40 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Ak Umbuas berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kenderaan yang merupakan seorang pengawal keselamatan sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kilometer 6.4, Jalan Apas, menuju ke tempat kerjanya di Bandar Sri Indah.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa seorang lelaki tiba-tiba melintas jalan dari pembahagi jalan sebelum dilanggar kenderaan itu. Pemandu cuba mengelak ke sebelah kanan jalan tetapi tidak berjaya memandangkan jarak terlalu dekat.

“Akibat perlanggaran itu,  pejalan kaki berkenaan terhumban sebelum tertiarap di tengah jalan raya dan mengalami cedera parah. Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel