Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kadar kemalangan di MNFSB catat penurunan tahun lepas


Tarikh kemaskini: 20/07/2019





GURUN, 20 Julai (Bernama) -- Kadar kemalangan di kilang baja milik Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) iaitu Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di sini mencatatkan penurunan tahun lepas berbanding pada 2017.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MNFSB, Abd Halim Hamzah berkata mengikut rekod keselamatan dan kesihatan pekerja kilang itu, sebanyak 9.6 kadar kes kemalangan direkodkan berlaku tahun lepas berbanding 10.96 pada tahun sebelumnya.

“Setakat Jun tahun ini, kadar kes kemalangan itu mencatatkan 2.7,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar ke kilang itu bersempena Program Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat kebangsaan.

Selain itu, Abd Halim berkata tiada rekod kematian pekerja dicatatkan di kilang berkenaan sejak kilang tersebut beroperasi pada 2004.

Beliau berkata pihaknya sangat menitik beratkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja termasuk pekerja perlu melakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun bagi mengetahui tahap kesihatan mereka sepanjang bekerja di situ.

Beliau berkata pihaknya juga mengamalkan konsep sistem kerja selamat mengikut garis panduan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) selain memberikan sokongan terhadap program anjuran JKKP seperti program mentor-mentee, Systematic Occupational Health Enhancement Level Programme (SOHELP) serta Workplace Accident Free Week Programme (WAFEW).

Sementara itu, Mahfuz turut memuji pendekatan dilaksanakan kilang berkenaan yang sangat mengambil berat aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan sekali gus dapat memastikan pekerja di situ bekerja dalam keadaan selamat.

“JKKP ini sangat tegas, tetapi Alhamdulillah kilang NAFAS ini merupakan kilang yang bebas daripada hal-hal yang membolehkan tindakan undang-undang dibuat ke atas kilang ini...di kilang ini ada satu banner yang memberikan peringatan kepada pekerja supaya sentiasa memakai kelengkapan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel