Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Radhi Mat Din dipilih jadi AJK PAS Kedah


Tarikh kemaskini: 20/07/2019




ALOR SETAR, 20 Julai (Bernama) -- Bekas pemain bola sepak Kedah dan kebangsaan Muhamad Radhi Mat Din dipilih menganggotai barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kedah bagi sesi 2019/2021.

Pesuruhjaya PAS negeri Ahmad Yahaya berkata Muhamad Radhi bersama-sama enam lagi AJK termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Najmi Ahmad dipilih dalam mesyuarat yang diadakan hari ini.

“ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor pula kini adalah Timbalan Pesuruhjaya I, manakala AJK PAS Pusat, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS negeri sebelum ini, menduduki kerusi Timbalan Pesuruhjaya II.

“Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Dr Mohd Hayati Othman yang juga ADUN Tokai kekal dengan jawatan itu, di samping Setiausaha Perhubungan, Musaddak Ahmad,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad berkata beberapa muka baharu turut menganggotai barisan kepimpinan PAS negeri iaitu Penolong Setiausaha II, Zulkifli Yahya dan Penolong Setiausaha III, Ismail Hashim.

Dalam pada itu, beliau berkata PAS negeri turut melantik Bendahari baharu iaitu Azizan Hamzah, selain jawatan Ketua Penerangan yang kini disandang ADUN Sungai Limau Mohd Azam Abd Somad dan Pengarah Pilihan Raya Wan Romani Wan Salim.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel