Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tambunan berpotensi besar bangunkan industri halia


Tarikh kemaskini: 20/07/2019





TAMBUNAN, 20 Julai (Bernama) -- Daerah Tambunan berpotensi besar untuk membangunkan industri halia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sehubungan itu, beliau meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah melihat perkara itu dan memperbesarkan industri halia sedia ada di kawasan berkenaan.

"Kita tahu Tambunan merupakan salah satu daerah pengeluar halia di negeri ini. Oleh itu kita mahukan ia dijadikan satu industri agar ia dapat dipasarkan sehingga ke luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kampus baharu Kolej Komuniti Tambunan, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan memastikan industri berkenaan dapat dibangunkan untuk mempertingkatkan pendapatan penduduk kampung yang selama ini menanam halia di daerah berkenaan.

"Apabila industri ini ada, maka hasil bukan sahaja dipasarkan di Sabah tetapi di serata dunia," katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata Kolej Komuniti di Sabah adalah sangat relevan kerana ia menjadi pemangkin dan peneraju pembangunan modal insan dan teknologi maklumat.

"Peranan Kolej Komuniti menyokong usaha kerajaan negeri bagi memastikan pasaran kerja di Sabah bakal dipenuhi oleh modal insan atau graduan yang mempunyai kemahiran yang diiktiraf oleh industri," kata beliau.

Terdahulu, Mohd Shafie melancarkan majlis pecah tanah di tapak pembinaan Mahkamah Anak Negeri Tambunan yang akan dimulakan tidak lama lagi.

Katanya, mahkamah yang menelan belanja RM6 juta itu dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk kampung bagi menyelesaikan pertikaian tertentu tanpa mengganggu urusan di pejabat daerah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel