Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hospital Kunak sasar 100 penderma darah dalam kempen 'Beri Setitis Kehidupan'


Tarikh kemaskini: 20/07/2019




KUNAK, 20 Julai (Bernama) -- Hospital Kunak hari ini menganjurkan kempen derma darah dengan menyasarkan 100 penderma bagi menampung kekurangan tabung darah di hospital berkenaan.

Kempen bermula 8 pagi hingga 5 petang itu adalah inisiatif Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kunak selepas mengetahui hospital berkenaan memerlukan lebih banyak bekalan darah bagi menampung kekurangan tabung darah.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Norazlinah Arif berkata ia adalah platform terbaik menarik lebih ramai orang awam menjalankan tanggungjawab sosial membantu individu memerlukan bekalan darah, selain aktiviti sampingan melibatkan kanak-kanak dianjurkan pada program itu mampu memberi pendedahan kepada golongan berkenaan terhadap kepentingan derma darah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kempen derma darah bertemakan ‘Beri Setitis Kehidupan’ di lobi utama hospital itu, di sini.

Sementara itu, Pengarah Hospital Kunak Dr Asbullah Sudin berkata hospital tersebut memerlukan darah jenis O memandangkan ia sangat kritikal bagi kes-kes kecemasan, dan beliau juga berharap penduduk setempat memberi sokongan dengan datang ke hospital menderma darah.

-- BERNAMA


ASMAH RBN KLS

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel