Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018


Tarikh kemaskini: 20/07/2019





PONTIAN, 20 Julai (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan melancarkan buku ‘Kembara Mahkota Johor’ bersempena Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019 di Dataran Majlis Daerah Pontian, di sini hari ini.

Buku setebal lebih 100 muka surat itu mengandungi memori penganjuran KMJ sejak tahun 2001 hingga 2018 yang turut mempamerkan adat budaya, permainan, makanan, kraftangan serta pakaian tradisi kaum di negeri ini.

Turut berkenan menyaksikan pelancaran itu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Buku berharga RM150 itu dijual kepada orang ramai mulai hari ini dan boleh didapati di kesemua perhentian KMJ 2019.

Terdahulu, KMJ 2019 yang membuka tirai hari ini menyaksikan Sultan Ibrahim berkenan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike' daripada Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada 8 pagi tadi ke destinasi pertama iaitu Dataran Majlis Daerah Pontian, sejauh 59 kilometer.

Konvoi bermotosikal itu diiringi Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

KMJ 2019 yang merupakan edisi ke-22, bakal menyaksikan perjalanan sejauh 686 kilometer Sultan Ibrahim dan keluarga Diraja Johor merentasi 10 daerah di negeri ini selama tiga hari.

Pada sesetengah destinasi, baginda juga akan menunggang motosikal kapcai.

Dari Pontian, konvoi akan bergerak ke Batu Pahat dan Tangkak sebelum perjalanan hari pertama membabitkan perjalanan sejauh 240 kilometer berakhir di Muar.

Pada hari kedua, konvoi akan bermula di Istana Muar dan bergerak ke Segamat, Kluang serta Mersing manakala pada hari ketiga, rombongan dari Mersing akan bergerak ke Kota Tinggi, Padang Awam Kulai serta ke Melita Premium Fresh Pineapple, Ulu Tebrau sebelum KMJ 2019 berakhir di Istana Pasir Pelangi.

KMJ merupakan acara tahunan kalendar keluarga Diraja Johor yang dinanti-nantikan seluruh rakyat untuk bertemu Sultan Ibrahim dan seluruh kerabat Diraja Johor.

Sepanjang KMJ itu, Sultan Ibrahim dijadualkan akan turut sama mengambil bahagian dalam program bersama rakyat seperti demonstrasi memasak, sukan rakyat, melawat pameran serta menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli

 
     

Terima keputusan Kabinet lanjut lesen Lynas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel