sT4vidJxCD0 APMM Sarawak guna helikopter AW139 dalam 'Op Naga Timur'
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Sarawak guna helikopter AW139 dalam 'Op Naga Timur'


Tarikh kemaskini: 20/07/2019





KUCHING, 20 Julai (Bernama) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak menggunakan helikopter AW139 dalam operasi “Op Naga Timur” bagi mengesan bot nelayan asing di perairan negeri ini.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim, Robert Teh Geok Chuan berkata, Bahagian Operasi Udara Maritim telah melakukan penerbangan setiap hari sehingga jarak melebihi 150 batu nautika dari daratan untuk meninjau keadaan dari atas.

“Operasi yang dijalankan kali ini bukan sahaja melibatkan aset laut Maritim negeri, malah turut membabitkan Bahagian Operasi Udara serta penglibatan Pasukan Tindakan Khas (STAR) Maritim Malaysia.

“Usaha yang dijalankan ini menunjukkan komitmen Maritim dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan untuk menjaga perairan negara,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Teh berkata, bagaimanapun, sepanjang operasi yang dijalankan sejak 15 Julai lalu, tiada sebarang kelibat bot-bot nelayan asing kelihatan di perairan Sarawak.

“Setakat ini, hasil pengawasan mendapati perairan negeri Sarawak selamat daripada sebarang pencerobohan,”katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pengusaha bot nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub di dalam Akta Perikanan 1985.

“Kami tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang yang berkuatkuasa di Zon Maritim Malaysia.

"Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana individu tempatan yang bersekongkol dengan nelayan Vietnam untuk memasuki perairan negeri ini,”tegasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan di perairan boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam atau MERS 999.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel