Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelamahan sudah dikenal pasti sejak mengambil alih MAFI- Junz


Tarikh kemaskini: 19/07/2019




KOTA KINABALU, 19 Julai (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong berkata sejak memulakan tugas di kementerian itu, beliau sudah kenal pasti secara umum yang terdapat kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kementerian itu.

Sehubungan itu, beliau bersyukur kerana pihak audit telah memperincikan kelemahan tersebut, sekali gus memudahkan kementerian untuk mengambil langkah-langkah penambahbaikan secara menyeluruh.

"Kelemahan yang berlaku ini telah diwarisi daripada kepimpinan dan pengurusan kerajaan terdahulu, saya bukan mahu memberi alasan, tetapi sekadar menyatakan hakikat sebenar," katanya dalam satu kenyataan mengulas Laporan Audit Negara bagi tahun 2018 yang melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI).

Junz berkata sejak mengambil alih tugas di kementerian itu langkah-langkah penambahbaikan secara berperingkat dan berterusan telah dan sedang dilakukan.

"Langkah-langkah penambahbaikan, melibatkan pelbagai tugasan yang tidak dilaksanakan ataupun dilaksanakan tanpa mematuhi prosedur oleh pengurusan terdahulu.

"Saya yakin dengan kumpulan pengurusan yang baharu kementerian dan dengan kerjasama padu seluruh jentera pentadbiran awam negeri, MAFI akan menjadi sebuah organisasi yang cemerlang," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel