Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu maut, penumpang cedera kereta bertembung dengan lori


Tarikh kemaskini: 19/07/2019





BINTULU, 19 Julai (Bernama) -- Seorang pemandu lelaki maut manakala rakan penumpangnya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan dengan sebuah lori di Km31 Jalan Bintulu-Miri awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang maut ialah Muhammad Badrun Amin Abdullah, 30, dari Kampung Tega Mukah manakala rakannya Mohammad Fariezan Gul, 19, dari Balingian cedera ringan dan dihantar ke Hospital Bintulu.

Dalam kejadian pada 2.30 pagi, Muhammad Badrun Amin sedang memandu dari arah Miri ke Bintulu namun tiba-tiba hilang kawalan lalu berlanggar dengan lori yang datang dari arah bertentangan, katanya.

“Mangsa yang maut tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori, seorang lelaki berusia 54 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel