Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Padah langgar syarat lesen, bot nelayan ditahan


Tarikh kemaskini: 19/07/2019





JOHOR BAHRU, 19 Julai (Bernama) -- Sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan 19 awak-awak termasuk tekong warga asing ditahan di perairan Endau, dekat Mersing, petang semalam kerana didapati melanggar syarat lesen yang dikeluarkan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata penahanan dibuat kira-kira 2.30 petang di kedudukan 2.3 baru nautika timur laut Tanjung Kempit.

Ia susulan sepasukan bot ronda Maritim yang sedang menjalankan Ops Jaksa di perairan itu berjaya mengesan kehadiran bot berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari perairan tersebut ke jeti nelayan Tanjung Gemok.

“Kesemua yang ditahan berumur antara 17 dan 46 tahun. Mereka dibawa ke Jeti APMM Pos Tanjung Gemok untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu melebihi jumlah kru dalam lesen dan gagal mempamerkan lesen, yang jika sabit dengan kesalahan, boleh dikompaun dan digantung lesen,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata APMM meminta semua pihak khususnya persatuan nelayan kawasan dan komuniti nelayan serta semua pengusaha bot agar sentiasa melaporkan sebarang maklumat pencerobohan atau kegiatan dan aktiviti di laut yang menyalahi undang-undang negara kepada pejabat APMM yang berdekatan.

“Ini bagi memastikan tindakan segera untuk mengatasinya dapat diambil sekali gus menjamin keselamatan dan kesejahteraan perairan negara pada masa depan, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel