Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri jalin kerjasama lebih erat tingkat pengeluaran padi


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





MELAKA, 18 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri  Melaka akan perhebatkan lagi kerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Asas Tani (MOA) bagi memastikan produktiviti pengeluaran hasil padi melalui Projek Estet Padi dapat dipertingkatkan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, antara usaha dilaksanakan bersama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ialah menguna pakai model penamanan yang diperkenalkan bagi menggandakan hasil tuaian.

Beliau berkata, di Melaka terdapat kira-kira 728.4 hektar kawasan penanaman padi yang menjadi sumber pendapatan kepada petani termasuk 121 hektar di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor iaitu Lereh dan Kampung Gelam yang menjalankan projek berkenaan.

"Kita akan perkenalkan model baharu ini mulai tahun depan untuk tingkatkan produktiviti, jika kita lihat keupayaan pengeluaran hasil padi di negeri ini bagi satu hektar adalah sekitar satu atau dua tan berbanding di negeri lain yang boleh mencapai enam hingga tujuh tan.

"Potensi tanaman padi di negeri ini memang ada kerana kita ada jalan raya dan sistem saliran yang baik selain kemudahan yang lengkap,,,,jika diurus dengan cara yang betul pengeluaran hasil dapat dipertingkatkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Lereh dan Kampung Gelam, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tangga Batu,  Dr Rusnah Aluai dan Penyelaras DUN Pantai Kundor, Juhari Osman.

Pada lawatan itu, Adly turut melawat kawasan hakisan di Pantai Puteri, selain merasmikan pasar ikan dan beramah mesra bersama penduduk sekitar.

Adly berkata, melalui projek tanaman padi itu kerajaan negeri turut bercadang untuk memberi subsidi beras kepada golongan B40 yang kurang berkemampuan menerusi bantuan makanan bulanan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM500,000 bagi menjalankan projek pemecah ombak di tiga lokasi di sekitar Pantai Puteri pada tahun ini bagi mengatasi masalah hakisan.

Bagaimanapun, katanya, projek itu mendapat bantahan daripada nelayan yang menjalankan aktiviti melangai di kawasan sekitar namun pihaknya berharap mereka dapat membuat pertimbangan mengenai usaha itu untuk kepentingan semua pihak bagi jangka masa panjang.

"Kita telah buka tender bagi projek tersebut, selain mengadakan pertemuan dengan nelayan mengenai usaha ini, kita berharap ia dapat dilaksanakan kerana isu hakisan memberi kesan besar menerusi pembinaan halangan ini, ia dapat memastikan pantai di sini terpelihara dan memudahkan bot nelayan mendarat," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel