Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki terjun sungai semasa dikejar pihak berkuasa ditemui mati lemas


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





JOHOR BAHRU, 18 Julai (Bernama) -- Gara-gara ingin mengelak daripada ditangkap pihak berkuatkuasa, seorang lelaki sanggup terjun ke dalam Sungai Endau, Mersing dekat sini, namun tindakan itu kemudiannya membawa malang apabila mangsa ditemui mati lemas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Cyril Edward berkata lelaki berusia 25 tahun yang dipercayai penagih dadah itu dan terjun ke dalam sungai berkenaan pada malam Selasa lepas, selepas dikejar oleh pihak polis dalam satu operasi pembanterasan dadah di Jalan Jeti, Endau.

Beliau berkata lelaki itu terjun bagi mengelak daripada ditangkap, dan sejurus kemudian usaha mengesan bagi menyelamatkannya terus dilaksanakan oleh pelbagai agensi termasuk polis marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 

“Pada pukul 8.50 pagi ini, mayatnya ditemui di jeti LKIM Endau dan kemudian dibawa ke Hospital Daerah Mersing untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes diklasifikasikan polis sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel