Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

R&R Pandan EDL dibuka semula Januari tahun depan


Tarikh kemaskini: 18/07/2019




JOHOR BAHRU,18 Julai (Bernama) -- Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan di Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) di sini akan dibuka semula kepada orang awam pada Januari tahun depan selepas melalui proses pembaikpulih.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata tender untuk membaik pulih R&R itu sudah dikeluarkan dengan kos penambahbaikan dianggarkan RM500,000. 

Katanya, RnR berkenaan yang tidak lagi beroperasi sejak 2017 menjadi usang setelah sistem  kutipan tol di lebuh raya diberhentikan, memaksa pemaju menyerahkannya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk dikendalikan.

“JKR mengalami kekurangan dana untuk engekalkan kawasan ini tetapi sekarang  sudah sampai masanya untuk kita hidupkan balik R&R ini.

“ Pada 2020, ia merupakan Tahun Melawat Johor, jadi kita tidak mahu ada bangunan kerajaan yang usang di tepi lebuhraya ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di R&R berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kawasan R&R terbabit berkeluasan 14 hektar dan mempunyai pelbagai fasiliti.

“Ada 19 lot kedai dan dua kawasan tanah yang kosong dan boleh dibangunkan untuk masa hadapan,” katanya.

“Kita juga akan membuka tender terbuka kepada usahawaan yang berminat mengambil alih kawasan ini dan menyewakannya kepada pengusaha gerai makanan dan untuk penganjuran pelbagai aktiviti di sini,” katanya dan menamb ah beliau yakin usaha terbabit akan membuahkan hasil.

“ Saya rasa kita ada cara dan kaedah untuk hidupkan kawasan ini seperti promosi dan sebagainya kerana setiap hari ada kira-kira 400 kereta singgah di sini untuk perbaharui Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebelum meneruskan perjalanan ke Woodlands, Singapura,” katanya.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel