Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pasukan Kelantan akan diurus syarikat The Red Warriors Sdn Bhd


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





KOTA BHARU, 18 Julai (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MQ Technology Bhd bagi menubuhkan sebuah syarikat yang akan menguruskan pasukan Kelantan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.

Timbalan Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata MoU itu ditandatangani bagi penubuhan syarikat ‘The Red Warrior Sdn Bhd’, yang akan menguruskan pasukan Kelantan.

"Dalam syarikat The Red Warriors, KAFA pegang 30 peratus dan selebihnya saham dipegang MQ Technology Bhd.

"Pihak MQ Technology Bhd sebuah syarikat perusahaan saham, juga telah menyuntik RM3 juta sebagai modal permulaan, kepada syarikat The Red Warriors," katanya kepada media selepas majlis menandatangani MoU tersebut di sini hari, hari ini.

MoU itu ditandatangani Presiden KAFA Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Pengarah Esekutif MQ Technology Bhd Tong Sian Shyen, disaksikan kepimpinan KAFA.

Afandi berkata dengan perjanjian itu pihak MQ Technology Bhd  juga bersetuju menyumbang RM200,000 kepada KAFA  dan digunakan untuk membayar gaji pemain.

"Dana saguhati ini kami akan gunakan dan agihkan sepenuhnya kepada pemain, sebelum perlawanan menentang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC), Sabtu ini," katanya.

Beliau berkata pihaknya turut memberikan perhatian terhadap kes-kes mahkamah yang dibawa oleh bekas pemain dan pengawai pasukan Kelantan.

"Kami tidak lari daripada tanggungjawab itu, kami akan menyelesaikannya bagi mengelakkan pelbagai masalah lain, yang bakal dihadapi.

"Begitu juga jawatankuasa penajaan kami, berkerja keras untuk mencari tajaan memperkuatkan kewangan bagi saingan musim depan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel