Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dewan Melaka kecoh gara-gara facebook Idris Haron


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





MELAKA, 18 Julai (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kecoh sekali lagi hari ini gara-gara #MelakaKotor Boss yang digunakan oleh ketua pembangkang Idris Haron setiap kali memuatkan naik artikel dalam laman facebook peribadinya.

Penggunaan hashtag itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kerajaan dan menganggap perkataan yang digunakan Idris (BN- Sungai Udang) boleh menjejaskan imej serta membawa persepsi buruk rakyat terhadap kepemimpinan negeri ketika ini.

"Sepatutnya kita bersama-sama berganding bahu menjaga kebersihan negeri dan membuat aduan terus kepada agensi atau jabatan yang berkenaan, bukannya mengadu di media sosial kerana saya sudah semak dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), namum tiada satu pun aduan dari YB Sungai Udang direkodkan,” kata  Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Datuk Tey Kok Kiew ketika menggulung perbahasan.

 Idris kemudian mempertahankan tindakannya itu  dan menyatakan setiap isu yang dimuat naik di laman Facebook itu sudah pun diajukan ke jabatan berkaitan menerusi panggilan telefon, namun tiada jawapan.

"Tanya ketua jabatan berapa kali saya buat panggilan telefon secara terus kepada mereka.

“Saya mewakili rakyat Sungai Udang akan tetap teruskan cara ini untuk kepentingan mereka," kata Idris sebelum berlaku pertikaman lidah antara beberapa exco negeri termasuk Norhizam Hassan Baktee (PH-Pengkalan Batu) dan Ginie Lim (PH-Machap Jaya) dengan pembangkang.

Keadaan menjadi bertambah gamat aoabila wakil pembangkang  bangun mempertahankan Idris termasuklah Datuk Amirudin Yusof (BN-Ayer Limau) dan Datuk Sulaiman Md Ali (BN-Lendu).

Speaker DUN, Datuk Wira Omar Jaafar kemudian mengambil tindakan  menangguhkan persidangan kira-kira seminit sebelum Kok Kiew meneruskan ucapan penggulunganya.

Pada Selasa, kekecohan berlaku apabila Norhizam, yang juga Exco Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, menyebut ungkapan “UMNO mati meninggalkan hutang” ketika sidang dewan.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel