Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KLHA tawar kontrak bekas pemain hoki Itali latih skuad pembangunan


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bekas pemain hoki Itali, Marta De Guio hampir pasti melatih skuad pembangunan Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) selepas ditawarkan kontrak selama enam bulan, hari ini. 

Ia diumumkan oleh presiden KLHA, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin di mana De Guio diberikan masa dua minggu untuk membuat kata putus berhubung tawaran itu. 

Megat Shahriman berkata tawaran itu bertujuan untuk khidmat kejurulatihan dan menguatkan program pembangunan pemain serta mewujudkan liga hoki pembangunan bagi kategori bawah lapan (B-8), B-10, B-12 dan B-16. 

"Ini adalah salah satu inisiatif KLHA untuk memberi pembaharuan dan nafas baharu supaya pemain yang akan datang dapat memiliki mentaliti serta mendapat pendedahan dari segi corak permainan gaya Eropah, di samping mewujudkan 'kejurulatihan hibrid', jurulatih tempatan bergabung dengan jurulatih luar negara. 

"Kita akan ada kombinasi jurulatih tempatan dan luar negara untuk kerja bersama dalam tempoh enam bulan dan jika hasilkan perkembangan positif kita akan sambung lagi enam bulan," katanya pada sidang media di Stadium Hoki Kuala Lumpur, hari ini.

Megat Shahriman menegaskan KLHA tidak mengeluarkan sebarang belanja untuk melantik De Guio sebaliknya menerima penajaan daripada syarikat import-eksprt makanan Eropah dan jika De Guio menerima tawaran tersebut beliau akan memulakan tugas 1 Ogos ini. 

De Guio, 32, yang bermain di posisi pertahanan pernah membuat penampilan sebanyak 84 kali dengan pasukan hoki kebangsaan Itali dan menerima sijil kelayakan jurulatih peringkat dua (eng: Level 2 Coach Qualification) dari Hockey Australia . 

Beliau pernah melatih pasukan Year 9 and First Team Canterbury College serta pasukan ASD SG Amsicora Cagliari B12.

Sementara itu, De Guio berkata dia sangat berminat dengan tawaran tersebut tetapi memerlukan sedikit masa untuk meneliti kontrak itu.

"Saya perlu melihat kontrak terlebih dahulu dan ya saya berminat, itulah sebabnya saya berada di sini. Apa yang saya boleh tawarkan ialah saya boleh membuat sedikit peningkatan dari bahagian pembangunan sehingga U16 (Bawah 16).

“Akan ada lebih banyak kemahiran kecergasan taktikal yang kita perlukan untuk memperbaiki dan memberi mereka peluang untuk mendapatkan pengalaman di Eropah pada akhirnya, "tambahnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel