Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nekad tinggal 2,940 karton rokok seludup


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





KUANTAN, 18 Julai (Bernama) -- Beberapa individu nekad cabut lari meninggalkan 2,940 karton rokok seludup yang dianggar bernilai RM278,570.90 apabila menyedari kehadiran polis semasa khusyuk memunggah barangan itu. 

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3, ACP Norzaid Muhammad Said berkata, kejadian berlaku di sebuah bangunan terbengkalai di muara sungai Kampung Tanjung Gemok di Kuala Rompin, Rompin dekat sini pukul 9.00 malam, semalam.

"Suspek dilihat leka memunggah barang ke dalam van berwarna putih dan sebaik sahaja menyedari kehadiran kami, terus masuk ke kenderaan dan memecut meninggalkan lokasi kejadian.  

"Pemeriksaan di tempat kejadian menjumpai beberapa kotak putih yang mengandungi rokok jenama International REXO yang mana semuanya dirampas dan dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah 3 di Tanjung Gemok," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini. 

Norzaid juga memaklumkan pada serbuan berasingan, pihaknya menahan seorang warga emas berusia 64 tahun susulan penemuan 251 karton rokok pelbagai jenama di rumahnya di Kampung Janglau, Kuala Rompin. 

Rokok yang ditemui di dapur dan bilik rumah itu dianggarkan bernilai RM22,674.50 oleh pasukan yang membuat serbuan pada 5.00 petang semalam, hasil daripada maklumat orang awam dan risikan polis. 

Siasatan bagi kes itu dijalankan mengikut Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 20 kali ganda daripada nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel