Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pergolakan dalam PKR: ada banyak perkara lain perlu difikirkan, kata Dr Mahathir


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu diheret ke dalam kancah pergolakan yang sedang berlaku dalam PKR kerana beliau sibuk dengan perkara-perkara lain.

"Saya tidak ada masa untuk memikirkan perkara ini. Saya ada banyak perkara lain yang perlu difikirkan, termasuk menjawab soalan-soalan anda," katanya semasa ditanya media sama ada masalah dalam PKR menjadi satu beban kepada Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi telefon pintar Respons Rakyat (RR 2.0) dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR), di sini hari ini.

Apabila ditanya sama ada masalah yang sedang melanda PKR menjadi beban kepada PH, Dr Mahathir berkata : "Itu terpulang kepada anda untuk membuat penilaian, terima kasih."

Ditanya sama ada pergolakan dalam PKR akan melambatkan penyerahan kuasa perdana menteri, beliau berkata: "Itu akan berlaku pada masa depan. Kita akan selesaikannya apabila ia berlaku nanti pada masa depan".

Pergolakan dalam PKR semakin ketara apabila 23 ahli Jawatankuasa Pusat PKR membidas presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mencadangkan timbalannya,  Datuk Seri Azmin Ali, supaya meletak jawatan sekiranya terbukti terlibat dalam skandal seks yang sedang tular.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel