Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gudang sarang judi ‘wukong’ diserbu


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Empat warga asing dan seorang warga tempatan ditahan dalam operasi mencegah perjudian di sebuah gudang yang diubah suai menjadi pusat operasi judi dalam talian di Kampung Pasir Panjang, Kuala Selangor, semalam.

Dalam "Ops Dadu - Judi Dalam Talian" oleh Unit Pencegahan Perjudian Bukit Aman kira-kira 8.30 malam itu, polis menangkap seorang lelaki Bangladesh serta seorang lelaki dan seorang wanita warga Indonesia yang disyaki pekerja premis manakala dua lagi adalah seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki Bangladesh yang merupakan pelanggan premis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata premis itu sudah beroperasi sejak kira-kira tiga bulan lepas.

“Premis ini menjalankan operasi dengan menggunakan komputer riba dan komputer sebagai kawalan utama serta mesin simulator permainan ‘wukong’.

“Siasatan mendapati kutipan wang pertaruhan di premis tersebut boleh mencecah sehingga RM6,000 sehari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Rohaimi berkata lapan unit mesin simulator permainan ‘wukong’, 27 unit komputer riba dan wang tunai RM427 dirampas dalam operasi yang turut disertai anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Menurutnya, semua yang ditahan berusia lingkungan 20-an dibawa ke IPD Kuala Selangor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel