Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Ibrahim temui rakyat menerusi Kembara Mahkota Johor bermula 20 Julai


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





JOHOR BAHRU, 18 Julai  (Bernama) -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menemui rakyat  dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi menerusi acara Kembara Mahkota Johor ((KMJ) tahun ini yang akan diadakan selama tiga hari bermula 20 Julai ini.

Pengarah Tourism Johor, Zihan Ismail berkata menerusi acara itu Sultan Ibrahim serta romboangan akan menjelajah sejauh 686 kilometer meliputi 10 daerah di negeri ini.

Beliau berkata mengikut atur cara yang dijadualkan, pada hari pertama, rombongan  akan bertolak dari Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru menuju ke daerah Pontian diikuti Batu Pahat, Tangkak dan seterusnya Muar. 

Perjalanan ini akan melibatkan laluan sejauh 240 kilometer, katanya kepada pemberita di sini pada sidang media di sini.

 Pada hari kedua pula, Sultan Ibrahim akan meneruskan kembara dari Istana Muar ke Segamat, kemudian melalui Kluang dan Mersing yang membabitkan perjalanan sejauh 269 kilometer.

Pada hari terakhir, baginda akan bermula dari Istana Flintstone, Mersing ke Kota Tinggi, seterusnya bersambung ke Padang Awam Kulai dan tamat di Melita Premium Fresh Pineapple Ulu Tebrau dekat Johor Bahru dengan perjalanan sejauh 180 kilometer.

Sepanjang kembara itu, baginda dijangka mengambil bahagian dalam program bersama rakyat seperti demonstrasi memasak, sukan rakyat, lawatan ke tempat pameran, gerai-gerai dan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Ini merupakan kali-22 KMJ diadakan di mana acara tahunan itu  bermula sejak tahun 2001.

— BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel