Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Saham Axis REIT naik susulan pengambilalihan aset kedua dalam masa seminggu


Tarikh kemaskini: 18/07/2019




KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Saham Axis Real Estate Investment Trust (REIT) Managers Bhd naik empat sen kepada RM1.86 dalam dagangan awal selepas ia mengambil alih satu lagi aset dalam masa seminggu, mencerminkan pertumbuhan pendapatannya yang stabil pada masa hadapan.  

Pada 10.21 pagi, 9,700 saham diniagakan.

RHB Investment Bank Bhd mengekalkan saranan "Beli” dengan harga sasaran RM1.98 daripada RM1.94,  peningkatan lapan peratus dengan lima peratus hasil. 

REIT itu mengumumkan cadangannya untuk membeli sebidang tanah pegangan pajak terletak di Fasa 4 Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, dengan bangunan merangkap pejabat dua tingkat, bagi bayaran tunai RM20.5 juta yang rendah sedikit daripada nilai bersih hartanah itu pada RM22.6 juta.

Cadangan pembelian tanah pegangan pajak di Bayan Lepas itu adalah susulan pembelian asetnya di Taman Perindustrian Batu Kawan baru-baru ini. 

“Walaupun ia menjangkakan hasil dividen lima peratus lebih rendah berbanding purata sektor REIT, kami percaya ia adalah adil memandangkan status REIT syariahnya dan kualiti defensif asetnya. 

“Risiko negatif kepada saranan kami adalah lebihan bekalan hartanah pejabat yang boleh menjejaskan kadar sewaan dan penghunian pejabat hartanahnya,” kata firma penyelidikan itu. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PRK Kimanis: Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat - Anwar

 
     

BN kekalkan kerusi Kimanis

 
     

Dr Mahathir mahu Bersatu Kedah kukuhkan parti - Mukhriz

 
     

MB Johor tegaskan Nur Dinie Damia negatif influenza A

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel