Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tahan, periksa MPV polis semasa PRK Rantau, lima lelaki mengaku tidak bersalah


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





SEREMBAN, 18 Julai (Bernama)  -- Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini, atas pertuduhan memeriksa kereta peronda polis (MPV) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau, pada 13 April lepas.

Kesemua tertuduh, S. Vigane Swaran, S. Mangaswaran, S. Sivakumar, M. Arin dan A. Yeohvan Louis membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majisret V. Vanita. 

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh pada 13 April kira-kira pukul 6 petang di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Chung Hwa, Rantau dalam daerah Seremban dengan sengaja menghalang tugas  Sarjan Yusof Md Medak dari menjalankan fungsi jawatannya dengan membuat pemeriksaan pada bahagian bonet kenderaan polis MPV NS 357.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sama. 

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara  selama tempoh sampai dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad. 

Tertuduh pertama S. Vigane Swaran, kedua S. Mangaswaran dan ketiga S. Sivakumar diwakili peguam Farzana Sahudin dan Haresh Mahadevan manakala tertuduh keempat M. Arin dan kelima A. Yeohvan Louis diwakili peguam V. K. Indran. 

Majistret membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin. 

Dalam kejadian pada 6 petang 13 April lepas, dua anggota MPV mengikuti sebuah kenderaan lain bagi membawa kertas undi ke pusat penjumlahan di SRJKC Chung Hua, Rantau.

Bagaimanapun, MPV itu tidak memasuki sekolah sebaliknya berhenti di luar pagar bagi mengawal keadaan lalu lintas dan keselamatan.

Lima lelaki berkenaan yang juga penyokong sebuah parti politik, menghampiri anggota lalu memeriksa MPV berkenaan selepas mendakwa polis membawa lebihan kertas undi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel