Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas maut kena serangan jantung ketika memandu


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





IPOH, 17 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas maut selepas terkena serangan jantung ketika memandu keretanya di Persiaran Bercham Selatan 11, Bercham Indah di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, mangsa Ng Whai Khim, 71, meninggal dunia ketika sedang mengundurkan kereta yang dipandu sebelum hilang kawalan dan terbabas di hadapan rumahnya. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata berdasarkan maklumat awal daripada isteri mangsa yang berumur 59 tahun, mendiang suaminya mempunyai menghidap sakit jantung dan buah pinggang.

"Menurut isteri mangsa ketika dia berada di dalam rumah telah mendengar bunyi kereta terlanggar sesuatu dan kemudian mendapati suami dalam keadaan tidak bermaya sebelum menghubungi polis dan hospital," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Ali berkata pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia akibat serangan jantung dan tiada unsur jenayah ditemukan. 

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Subri Hussin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.20 petang sebelum tiba lapan minit kemudian dan segera mengeluarkan mangsa dari keretanya.

Katanya, seramai 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian termasuk empat orang dari Pasukan Bomba Sukarela Bercham.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel