Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemain terbaik dunia buka tirai Liga Dunia T2 Diamond esok


Tarikh kemaskini: 18/07/2019





KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Seramai 32 pemain terbaik dunia akan berentap pada pusingan pembukaan liga ping pong paling sensasi dunia, T2 Diamond 2019 Malaysia, - di T2Cavern, studio terkemuka dunia di Studio Pinewood, Iskandar Puteri, Johor Baharu, mulai esok hingga Ahad ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Komisioner T2Cavern, Jeff Chue, berkata mereka diberi penghormatan sekali lagi selepas 2017 untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah wang tunai US$100,000 (RM411,678) untuk juara lelaki dan wanita.

Liga T2 Diamond menampilkan 15 pemain terbaik dunia, masing-masing dalam ranking lelaki dan wanita serta juara lelaki musim pertama, Timo Boll dari Jerman dan juara wanita, Bernadette Szocs dari Romania.

“Adalah amat sesuai untuk Malaysia menjadi tuan rumah acara pembukaan liga profesional dunia serta T2Cavern mencipta sejarah apabila menjadi venue kejohanan liga dunia ini pada 2017,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Liga T2 Diamond dan Penasihat Khas kepada Presiden Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF), Frank Ji berkata pemain bakal menampilkan prestasi terbaik masing-masing memandangkan kejohanan ini menawarkan mata ranking dunia kepada pemain untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Kejohanan profesional paling berprestij itu dianjurkan dengan kerjasama ITTF dan ia merangkumi tiga puusingan dengan menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai US$1.5 juta (RM6.17 juta).

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel