Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Larian guna pakaian tradisional sempena Hari Malaysia 15 Sept ini


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





GEORGE TOWN, 17 Julai (Bernama) -- Acara larian yang menggalakkan pesertanya memakai pakaian tradisional bakal diadakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada 15 Sept ini bersempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang Soon Lip Chee hari ini berkata larian santai ‘LLM Maju Cultural Night Run 2019’ itu akan menjadi acara pertama seumpamanya diadakan di negara ini yang melibatkan pesertanya berlari sejauh 7km. 

"Acara sebegini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan lagi aktiviti pelancongan ke Pulau Pinang serta memperkenalkan kepelbagaian budaya penduduk Malaysia," katanya ketika melancarkan majlis promosi larian itu di sini.

Menurutnya tarian dan persembahan seperti pertunjukan Boria, Tarian Chingay, Bhangra dan tarian Melayu tradisional akan diadakan di sepanjang laluan acara larian itu yang dianjurkan kerajaan negeri bersama-sama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), dan Koperasi LLM Berhad.

Orang ramai yang berminat menyertai larian ini boleh mendaftarkan diri di laman sesawang https://howei.com/event_details/culturalnightrun2019 atau muat turun aplikasi 'jom run' di http://jomrun.com/event/llm-maju-cultural-night-run-2019 bermula 20 Jun sehingga 31 Julai 2019.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel