KPkEpqp7-KI Projek tambak laut: Persatuan nelayan bantah, tidak mahu pampasan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Projek tambak laut: Persatuan nelayan bantah, tidak mahu pampasan


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





GEORGE TOWN, 17 Julai (Bernama) -- Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) melahirkan rasa kecewa dengan pendirian Kerajaan Negeri yang seolah-olah menggambarkan nelayan negeri ini bersetuju dengan projek tambak laut di perairan selatan (PSR) negeri ini sekiranya diberi pampasan setimpal.

Pengerusi Pen Mutiara, Nazri Ahmad hari ini berkata, sebaliknya para nelayan di negeri ini pada  mesyuarat telah bersetuju dengan pendirian untuk menolak projek berkenaan.

"Untuk makluman Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutama Ketua Menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow), kami (nelayan) tidak berminat dengan soal pampasan kerana bagi tempoh jangka panjang ia tidak berbaloi malah kita sendiri tidak tahu bila projek itu akan siap," katanya pada sidang akhbar di sini.

Projek tambak itu bukan sahaja memusnahkan mata pencarian dan rezeki nelayan malah memusnahkan sumber ikan di perairan Pulau Pinang.

"Saya boleh katakan semua nelayan di negeri ini tidak bersetuju dengan projek tambak laut sebab itu kami turun berarak ke Parlimen baru-baru ini bagi menunjukkan kesungguhan kami menolak cadangan tambak laut ini sepenuhnya, bukannya mendesak mahu diberi pampasan," katanya.

Pihaknya juga berharap Kerajaan Negeri akan melibatkan persatuan nelayan dalam pertemuan khas itu, yang akan diadakan di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow,  nanti.

Chow semalam mengumumkan Kerajaan Negeri akan mengatur pertemuan khas dengan Anwar bagi menjelaskan mengenai rancangan projek itu susulan pertemuan Anwar dengan lebih 200 nelayan di Teluk Kumbar di sini pada Sabtu lepas.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel