Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP Perak sita lebih 14,000 kg baja bernilai lebih RM20,000


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





IPOH, 17 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyita 438 kampit baja pelbagai jenama seberat 14,600 kilogram bernilai RM20,293 dalam serbuan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Khalid Tik berkata serbuan pada pukul 5 petang itu adalah hasil risikan selama dua minggu ke atas premis berkenaan yang menjalankan aktiviti pembungkusan dan pengedaran baja tanpa lesen.

"Pemilik kilang mengakui tidak mempunyai lesen barang kawalan baja sah daripada KPDNHEP dan tidak pernah membuat permohonan untuk memproses, menyimpan dan menjual baja kawalan.

"Bahan-bahan mentah yang telah diproses termasuk habuk kayu dan tanah bakar dibungkus di kilang ini sebelum dijual kepada pelanggan di Perak dan negeri lain yang berhampiran," katanya pada sidang media di kilang berkenaan hari ini.

Beliau berkata pihaknya menghadapi sedikit kesukaran dalam mengesan aktiviti dan lokasi kilang tersebut memandangkan lokasinya di kawasan yang agak terpencil. 

Khalid berkata dalam serbuan itu, pihaknya menahan pemilik premis berusia 57 tahun serta empat pekerja warga asing bagi membantu siasatan dan dibebaskan setelah proses keterangan selesai.

Katanya aktiviti pembungkusan dan pengedaran baja itu dipercayai aktif sejak enam bulan lalu.

Menurut Khalid, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1981 dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.  

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel