Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JPN bantu Orang Asli daftar perkahwinan secara adat


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





KUANTAN, 17 Julai (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membantu masyarakat Orang Asli untuk mendaftarkan perkahwinan yang dilangsungkan secara adat.

Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata ia akan dilaksanakan dengan cara JPN pergi  ke kawasan penempatan orang asli dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

"Antara dokumen diperlukan bagi pendaftaran perkahwinan di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952 ialah kad pengenalan dan surat pengesahan perkahwinan secara adat oleh JAKOA serta gambar berukuran pasport.

"Pendaftaran adalah secara sukarela, namun kita galakkan untuk memudahkan urusan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), pinjaman bantuan kerajaan dan pendaftaran anak ke sekolah," katanya pada sidang media selepas melawat pejabat JPN Pahang di sini, hari ini.

Ruslin berkata urusan pendaftaran juga boleh dilakukan dengan cepat kerana dilakukan di kawasan penempatan mereka.

Beliau juga memaklumkan Pahang mencatatkan peningkatan pendaftaran perkahwinan Orang Asli tahun ini, iaitu 1,834 pasangan setakat Jun, berbanding 1,141 pasangan (2017) dan 1,475 (2018).

"Ini adalah hasil didikan kesedaran oleh JAKOA dengan bantuan Tok Batin di kawasan penempatan mereka," katanya.

Jumlah keseluruhan bagi 2017 hingga Jun 2019 bagi Pahang iaitu 4,449 juga adalah yang tertinggi di dalam negara berbanding Negeri Sembilan (646) dan Perak (314).

Beliau menambah daerah dengan pendaftaran tertinggi di Pahang sejak 2017 ialah Rompin dengan 1,081 diikuti Pekan (1,581) dan Temerloh (481).

--BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel