Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita cedera selepas tong gas memasak di rumahnya meletup


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





JOHOR BAHRU, 17 Julai (Bernama) -- Seorang wanita cedera selepas sebuah tong gas memasak di rumahnya di Jalan Pulasan 21, Taman Kota Masai, di sini hari ini, meletup.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Penolong Penguasa Bomba Razali Husin berkata kejadian turut mengakibatkan kerosakan beberapa bahagian di dalam rumah, termasuk pintu dan tingkap pada bahagian dapur dan ruang tamu serta bumbung.

“Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.36 pagi. Seorang pegawai dan tujuh anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian bagi membantu menyelamat,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Razali berkata identiti wanita berkenaan tidak diketahui dan dia sudah dibawa ke hospital sebelum ketibaan pihak bomba.

Beliau berkata anggota bomba yang melakukan pemeriksaan tidak menemui sebarang kesan kebakaran pada rumah tersebut dan operasi menyelamat kemudian tamat pada 8.55 pagi.

Punca dan anggaran kerugian akibat kejadian itu sedang disiasat, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel