Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba selamatkan lelaki warga emas jatuh dalam gaung


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





BATU PAHAT, 17 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan bomba selepas terjatuh ke dalam gaung berhampiran Taman Orchid Heights, di sini, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat Pegawai Bomba Kanan II Omar Yusof berkata Chua Yu Kong, 85, dilaporkan terjatuh ke dalam gaung sedalam tiga meter ketika mencari herba.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.56 petang yang menyatakan seorang lelaki warga emas terjatuh ke dalam gaung.

“Mangsa (Chua) yang berseorangan dipercayai terjatuh akibat permukaan tanah yang licin dan tidak rata sebelum sekumpulan remaja yang lalu di kawasan itu menghubungi pihak penyelamat,” katanya yang dihubungi hari ini.

Omar berkata tujuh anggota bomba bersama dua jentera membawa Chua ke kawasan selamat menggunakan ‘bucket stretcher’ dan tali selain memakaikan C-Collar di bahagian lehernya.

Beliau berkata operasi menyelamat berjaya dilakukan dalam tempoh kira-kira 15 minit dan Chua kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, untuk rawatan.

Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada 6.25 petang, katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

OKU mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap anak kandung

 
     

Anggota JPJ Terengganu menyamar penumpang bas ekspres

 
     

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel