Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Libat pelajar hasil karya untuk aktiviti pameran - Perzim


Tarikh kemaskini: 17/07/2019




MELAKA, 17 Julai (Bernama) -- Penglibatan pelukis muda terutama pelajar dalam menghasilkan karya untuk aktiviti pameran menjadi platform bagi mencungkil bakat dan kreativiti mereka dalam bidang lukisan.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka, Datuk Khamis Abas berkata, inisiatif itu antara lain memberi pendedahan awal kepada golongan berkenaan menceburkan diri secara langsung dalam mempamerkan hasil karya mereka kepada orang ramai.

"Usaha ini secara tidak langsung dapat membantu mempromosi karya pelajar yang berbakat dan berpotensi tinggi dan sekaligus melahirkan generasi yang kreatif.

"Pada masa sama, kita menggalakkan ibu bapa dan pendidik agar memupuk minat anak dalam bidang lukisan sedari kecil agar bakat mereka dapat berkembang dengan baik," katanya kepada Bernama pada pameran 'The Heart of Melaka' di Balai Seni Lukis Melaka, Banda Hilir di sini, hari ini.

Mengenai program itu, Khamis berkata, pameran yang dibuka bermula semalam dan berakhir pada 31 Ogos ini melibatkan 163 pelajar Melaka Expatriate School dengan 361 hasil karya.

Karya yang dipamerkan adalah berdasarkan kepada objek atau pun pemerhatian situasi yang dialami oleh pelajar di negeri ini dengan menggunakan pelbagai medium dan saiz karya yang mengambil masa antara enam bulan hingga setahun.

"Justeru, kita berharap dapat menarik lebih ramai pengunjung ke pameran ini sekaligus meningkatkan jumlah kedatangan pelancong bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang  menyasarkan kunjungan 20 juta pelancong bersempena Tahun Melawat Melaka 2019," katanya.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel