Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UTHM terus komited ketengahkan budaya wakaf


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





BATU PAHAT, 17 Julai (Bernama) -- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus komited untuk mengetengahkan budaya wakaf dalam kalangan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang manfaat mengenainya.

Penasihat Wakaf UTHM Datuk Dr Noh Gadut berkata pihaknya juga kini sedang dalam usaha memberikan pendedahan kepada institusi pendidikan di negara ini agar dapat merancakkan gabungan aktiviti pendidikan dengan wakaf.

Beliau berkata ia akan dimulakan di negeri ini dan Melaka yang institusi pendidikan digalakkan untuk menjana ekonomi melalui aktiviti wakaf sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan dana daripada kerajaan.

“Untuk rekod, UTHM sebelum ini telah melibatkan diri dalam aktiviti wakaf semenjak tahun 2017 lagi melalui program Wakaf Tunai Pendidikan UTHM selain turut terlibat aktiviti wakaf hemodialisis dan prasarana.

“Dana wakaf berkenaan juga akan digunakan oleh pelajar memerlukan melalui pembayaran biasiswa, bantuan kewangan, bayaran yuran serta aktiviti kebajikan dan penyelidikan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Noh, dalam masa sama, UTHM kini memperkenalkan dua program wakaf terbaru di univerisiti berkenaan iaitu Wakaf Khidmat Perundingan Profesional dan Wakaf Harta Intelek.

Beliau berkata Wakaf Khidmat Perundingan Profesional adalah melalui pelbagai kerja perundingan pihak UTHM sama ada di dalam dan luar negara dengan sebahagian hasilnya akan disalurkan kepada Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTHM.

“Begitu juga dengan Wakaf Harta Intelek, yang hasil karya ilmiah dari warga UTHM akan disalurkan sebahagian hasil royaltinya untuk diagihkan kepada penerimanya melalui Lembaga Penasihat Wakaf UTHM.

“Kami berharap aktiviti wakaf di institusi pendidikan seperti di UTHM ini akan dapat membuka mata pelbagai pihak terhadap kepentingan wakaf ini dalam memberikan manfaat kepada golongan penerima dana berkenaan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel