Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Menara penyulingan Loji Pemprosesan Gas GPP 6 terbakar


Tarikh kemaskini: 17/07/2019




DUNGUN, 17 Julai (Bernama) -- Pekerja di Loji Pemprosesan Gas GPP 6 di Paka dekat sini berdepan detik cemas apabila sebuah menara penyulingan terbakar malam tadi.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada panahan petir terlampau kuat yang menyambar menara berkenaan menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menjalankan kerja-kerja pengosongan gas bagi tujuan keselamatan.

Petronas Gas Berhad (PGB) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa kebakaran yang berlaku kira-kira jam 7.43 petang semalam hanya membabitkan peralatan loji dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Malah pasukan kecemasannya juga telah digerakkan bagi mengawal insiden terbabit dan turut mendapat bantuan daripada pelbagai agensi keselamatan, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu juga, semua pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan dan siasatan akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

PGB akan terus menyalur maklumat dan perkembangan kes terbabit bagi memastikan ia tidak menimbulkan keresahan dalam kalangan orang awam, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel