Q_RfTqXWlB4 Sungai Kopok nadi kehidupan penduduk Kampung Perigi Acheh terjejas akibat pencemaran
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sungai Kopok nadi kehidupan penduduk Kampung Perigi Acheh terjejas akibat pencemaran


Tarikh kemaskini: 17/07/2019




JOHOR BAHRU, 17 Julai (Bernama) -- Sungai Kopok yang menjadi nadi kehidupan penduduk Kampung Perigi Acheh, dekat Tanjung Langsat, di sini, sejak bertahun lamanya, kini tidak lagi sejernih dulu.

Bau busuk serta air sungai menjadi hitam membimbangkan penduduk di kampung tersebut.

Ketua kampung, Othman Adon berkata beliau menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung keadaan sungai itu pada Ahad dan terus memanjangkan aduan itu kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada Isnin untuk tindakan lanjut. 

“Setelah dapat laporan dari penduduk kampung, saya telah membuat tinjauan dengan beberapa penduduk kampung dan mendapati terdapat kesan-kesan air sungai berwarna hitam termasuk di hulu sungai serta bau yang busuk.

“Saya kemudiannya hantar pesanan WhatsApp kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan pihak Pejabat Daerah Johor Bahru untuk memberitahu keadaan sungai,” katanya kepada Bernama ketika ditemui, Isnin.

Bagaimanapun, menurut Othman, ketika wakil MPPG ke sungai itu, kesan-kesan hitam itu telah tiada berikutan air pasang.

Beliau mendakwa keadaan sungai yang berwarna hitam dan berbau ketika air surut telah berlarutan sejak tujuh bulan lepas.

“Ada satu masa, keadaan itu ada berlarutan selama 18 hari berturut-turut,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung, Zaili Chi, berharap pihak berkuasa membuat pemantauan berterusan terhadap sungai berkenaan memandangkan ia juga bersambung dengan beberapa sungai lain seperti Sungai Kim Kim.

“Harapan saya tinggi, tak mahu anak cucu saya tidak kenal sungai ini nanti,” kata bekas nelayan itu.

Menurut beliau, nelayan di kampung itu mula merasai kesannya apabila hasil tangkapan juga berkurangan.

Kampung Sungai Acheh mempunyai 122 rumah yang menempatkan 532 penduduk, yang mana sebahagian besarnya merupakan nelayan, sementara yang lain bekerja kampung dan di kilang-kilang berhampiran di Tanjung Langsat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel