Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TMJ, isteri timang putera kedua


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





JOHOR BAHRU, 17 Julai (Bernama) -- Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam selamat menyambut kelahiran putera kedua, cahaya mata ketiga pasangan itu hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi catatan di laman Facebook rasmi baginda, HRH Crown Prince of Johor kira-kira 2 pagi tadi.

"Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan," titah Tunku Ismail menerusi catatan berkenaan yang turut disertakan tiga keping gambar di sisi Che' Puan Khaleeda dan anakanda ketiga berkenaan.

Tunku Ismail, 35, yang mendirikan rumah tangga dengan Che' Puan Khaleeda pada 24 Oktober 2014, dikurniakan puteri sulung Tunku Kalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun 2016.

Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017.

Che' Puan Khaleeda turut menyambut ulang tahun ke-26, semalam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel