Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

IPK Kedah terima Proton Persona


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





ALOR SETAR, 17 Julai (Bernama) -- Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menerima 59 buah kereta Proton Persona daripada syarikat fleet perkhidmatan kenderaan kerajaan SPANCO Sdn Bhd (SPANCO), bagi tujuan membantu tugas harian pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata hari ini pihaknya telah menerima 46 kereta tersebut manakala baki 13 lagi akan diterima selepas ini dan akan diserahkan untuk kegunaan di IPK dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). 

"Kereta Proton Persona yang diterima Kontinjen Kedah ini adalah bagi menggantikan kereta Proton Preve sebelum ini yang sudah cukup tempoh lima tahun penggunaannya.

"Dengan penggantian kereta ini, kerajaan dapat menjimatkan kos bernilai RM1.47 juta sahaja di Kedah tetapi penukaran jenis kenderaan ini tidak akan menjejaskan perkhidmatan dan tugas polis di negeri ini," katanya selepas Majlis Penyerahan Kereta Proton Persona dari SPANCO di sini, hari ini.

Beliau berkata penggunaan kereta baharu itu dilihat turut dapat membantu serta memberi kesan yang baik kepada produktiviti pegawai dan anggota polis terutamanya dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di negeri ini.

"Sebelum ini, timbul isu kelewatan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat kerana berlaku kerosakkan pada kereta yang digunakan polis tetapi selepas ini diharap tidak timbul lagi isu ini. Ia juga dapat mengurangkan masa menunggu serta dapat meningkatkan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Tapi, apa yang paling ingin saya tekankan adalah dari soal integriti di mana pegawai dan anggota yang menggunakan kereta ini perlu menjaga kenderaan tersebut dengan penuh berhemah dan baik," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan kes seorang anggota polis trafik yang melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera parah di bahagian lengan kiri pada 19 Jun lalu,   Zainuddin berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri.

"Kita telah rujuk dan membuat beberapa cadangan kepada mereka, jadi sekarang kita hanya tunggu keputusan. Mungkin akan tahu dalam masa terdekat," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel