Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Ibrahim jayakan Jelajah Kembara Mahkota Johor 2019


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





JOHOR BAHRU, 17 Julai (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar  akan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike' pada jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019 mulai Sabtu hingga Ahad ini

Sultan Ibrahim bertitah baginda sudah bersedia untuk menjayakan jelajah KMJ 2019 selain memastikan keadaan motosikal juga dalam keadaan baik.

“Orang ramai jangan kecil hati jika tidak dapat berswafoto (selfie) bersama saya di setiap lokasi persinggahan ini kemungkinan disebabkan pergerakan awal bagi meneruskan perjalanan ke lokasi lain,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah jarak perjalanan hampir 700 kilometer pada jelajah kali ini  bukan menjadi halangan kepada baginda untuk menemui rakyat serta mendengar keluhan mereka.

Baginda bertitah, walaupun cuaca hujan atau panas, perjalanan akan tetap diteruskan merentasi 10 daerah di negeri ini.

"Saya tidak sabar untuk menemui rakyat dan jika mereka ada apa-apa keluhan untuk disampaikan…, saya sedia mendengar.

“Jika mereka ingin menyampaikan keluhan masing-masing menerusi surat, boleh serahkan surat berkenaan kepada pegawai atau juruiring saya,” titah Sultan Ibrahim.

Titah Sultan Johor kepada RPO yang merupakan pejabat media dan komunikasi keluarga Diraja Johor berkenaan kemudian dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi baginda hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel