Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPKT lulus RM1 juta bagi konsultasi pembinaan pasar baharu Pasir Pinji


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





IPOH, 17 Julai (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan RM1 juta bagi tujuan konsultasi oleh pihak berkaitan bagi pembinaan pasar Pasir Pinji yang baharu.

Menterinya Zuraida Kamarudin berkata melihat kepada keadaan pasar sedia ada yang telah uzur itu, kementeriannya akan berusaha menjayakan projek pembinaan semula pasar baharu untuk penduduk di kawasan berkenaan.

"Saya boleh lihat keadaan pasar ini yang sangat lama jadi saya rasa ia patut dinaik taraf, jadi kita akan keluarkan segera RM1 juta ringgit dahulu untuk konsultasi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di pasar Pasir Pinji di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata cadangan kos RM11 juta bagi pembinaan pasar baharu tersebut akan diberikan secara berperingkat.

"Yang mereka anggarkan adalah RM11 juta tapi kita buat kerja awal untuk consultation dahulu kemudian kita cuba mengurangkan kos di mana yang boleh dan mungkin akan dilepaskan secara berperingkat.

"Saya juga meminta agar pihak berkuasa tempatan serta kerajaan negeri dapat bekerja bersama menyumbang bagi menjayakan pembiaan semula pasar ini," katanya.

Mengikut cadangan, pasar baharu yang berkeluasan 3,000 meter persegi itu turut dilengkapi dengan parkir bawah tanah serta gerai jualan yang lebih tersusun.

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji Howard Lee Chuan How telah menjalankan pengundian orang ramai untuk membina pasar baharu.

Hasilnya  94 peratus daripada 1,715 penduduk di kawasan itu mengundi bersetuju untuk membina pasar baharu di kawasan berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel