Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Video seks : Tiga lagi lelaki ditahan


Tarikh kemaskini: 17/07/2019





KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki di Pasir Gudang, Johor bagi membantu siasatan kes penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata kesemua suspek akan direman di mahkamah pada Rabu pagi.

Sejurus ditahan, ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di Johor.

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat klip video seks membabitkan dua lelaki, tular dalam media sosial dan pada 12 Jun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam video itu.

Isnin lepas, Mahkamah Majistret di sini membenarkan Haziq Abdullah serta lima individu lain ditahan reman enam hari, bagi membantu siasatan kes video lucah itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel