Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PAFA belum jual tiket perlawanan akhir Piala FA


Tarikh kemaskini: 16/07/2019





IPOH, 16 Julai (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menafikan khabar angin yang mendakwa ia telah mula menjual  tiket perlawanan akhir Piala FA 2019 antara Perak dengan Kedah yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 27 Julai ini. 

Setiausaha Kehormat PAFA, Tajul Hasnan Omar berkata maklumat palsu itu sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

“Tidak ada sesiapa pun yang mempunyai tiket perlawanan akhir Piala FA 2019, jika ada yang mendakwa sudah mempunyai tiket, maka orang itu cuba nak ambil kesempatan dan penyokong perlu berhati-hati.

“PAFA tidak bertanggungjawab sekiranya ada penyokong yang membeli tiket palsu dan kita nasihatkan mereka agar beli pada saluran yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari sebagai mengulas tular terdapat  individu  telah mempunyai tiket perlawanan itu. 

Beliau berkata, sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada PAFA dengan 15,000 tiket akan dijual di Stadium Perak di sini, manakala 12,000 tiket akan diagihkan di seluruh daerah, manakala baki 3,000 tiket lagi dijual kepada penaja serta jabatan kerajaan pada 23 Julai ini.

Menurut Tajul Hasnan, pada 23 Julai penjualan tiket akan bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 3.30 petang di Stadium Perak di sini, Stadium Mini Parit Buntar, Pejabat Kemas Kampung Gajah dan kaunter pandu lalu Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan.

“Selain itu, tiket juga boleh dibeli di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Tanjung Malim, PDT Lenggong, manakala untuk Kuala Kangsar di Dewan Jubilee Perak dan daerah Manjung di Stadium Mini Manjung,” katanya. 

Beliau turut berharap kehadiran penyokong pada perlawanan akhir itu nanti mampu menyuntik motivasi pemain untuk menjulang piala berprestij tersebut selepas kali terakhir pada 2004. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel