Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

10 Briged para dinobat johan keseluruhan UKMTD 2019


Tarikh kemaskini: 15/07/2019





MELAKA, 15 Julai (Bernama) -- Pasukan 10 Briged Para dinobatkan sebagai johan keseluruhan kejohanan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) 2019 yang berlangsung selama enam hari di Lapang Sasar, Kem Terendak di sini, hari ini.

Pasukan itu turut mengungguli sembilan acara daripada lima kategori utama yang dipertandingkan dan tempat kedua menjadi milik pasukan 21 Grup Gerak Khas (GGK), manakala bagi anugerah Jaguh UKMTD 2019 pula disandang oleh Sarjan Mohd Firuz Azizan dari Formasi 10 Briged Para.

Tentera Darat dalam satu kenyataan berkata, pertandingan itu disertai seramai 85 pegawai dan 653 anggota lain-lain pangkat (LLP) daripada sepuluh formasi melibatkan unit infantri, GGK dan bantuan tempur.

“Pertandingan ini melibatkan acara menembak seperti lorong hutan, pistol, raifal lelaki dan wanita, jatuh piring, tim mesingan kegunaan am, tim mesingan ringan, serangan seksyen dan novelti pegawai kanan.

“Acara ini juga merupakan medan terbaik untuk Tentera Darat melahirkan jaguh menembak yang bakal membawa cabaran ke peringkat yang lebih tinggi termasuk pertandingan ‘Asean Armies Rifle Meet’ (AARM),” menurut kenyataan itu di sini.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan turut dihadiri Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman.

Sementara itu, Ahmaad Hasbullah dalam kenyataan sama berkata, kejohanan tahunan itu merupakan penanda aras untuk menilai kecekapan, penumpuan dan ketangkasan dalam pengendalian senjata dalam memperkasakan lagi daya tempur dan tahap kesiagaan Tentera Darat.

Katanya, pertandingan itu bukan hanya bertujuan mencungkil bakat baru, malah memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan meliputi pendekatan latihan, kecergasan serta keupayaan anggota.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel