Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Had umur belia: Keputusan kerajaan negeri dibatalkan jika ada campur tangan istana


Tarikh kemaskini: 15/07/2019





PUTRAJAYA, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan membatalkan keputusan yang dibuat kerajaan negeri Johor berhubung had umur belia sekiranya ada campur tangan dari istana, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menegaskan pihak istana tiada hak untuk campur tangan dalam perkara tersebut.

“Kalau kita dapati adalah hasil campur tangan oleh istana, kita akan batalkan keputusan itu,” katanya yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata beliau juga belum menerima penjelasan berhubung perkara itu daripada Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal.

“Dia (Dr Sahruddin) tak bagi penjelasan pun. Saya akan tanyalah, lepas itu saya bagitau dekat you (wartawan),” katanya.

Pada 3 Julai lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019, antaranya menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

Pada 8 Julai lepas, Dr Sahruddin dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan Johor menetapkan pendirian mengekalkan had umur belia dan masih mentakrifkan definisi belia dari umur 15 hingga 40 tahun.

Namun, sehari kemudian Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan negeri menerima pindaan umur belia 15 hingga 30 tahun.

Tidak lama selepas itu, kerajaan Johor kembali dengan pendirian mengekalkan semula had umur belia di negeri ini kepada 40 tahun.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel