Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JAIP ke lokasi kejadian 'zikir berdiri'


Tarikh kemaskini: 15/07/2019




KUANTAN, 15 Julai (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengarahkan pegawainya ke sebuah kampung di Ulu Tembeling, Jerantut dekat sini, bagi menyiasat dakwaan kejadian ritual 'zikir berdiri' yang tular di laman sosial. 

Timbalan Pengarahnya Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata pihaknya akan bersemuka dengan imam dan makmum surau kampung itu untuk mendapatkan penjelasan aktiviti yang dikatakan berlaku pada 11 Julai lalu. 

"Kami perlu melakukan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan seterusnya kerana masih terlalu awal untuk mengaitkan perbuatan itu dengan ajaran sesat. Video yang tular di laman sosial juga terlalu pendek untuk kita terus membuat penilaian dengan hanya melihat daripada rakaman itu semata-mata," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Mohd Ghazali juga mengesahkan pihak JAIP tidak menerima laporan berhubung kegiatan itu, namun siasatan akan tetap dilakukan. 

Katanya, daripada maklumat awal difahamkan lelaki dikenali sebagai Tok Ki@ Tok Ayah yang mengetuai 'zikir berdiri' itu terlibat dalam rawatan Islam dan apa yang berlaku adalah sebahagian daripada proses perubatan. 

Pada Sabtu lepas, tiga rakaman video berdurasi antara 15 saat dan seminit 12 saat tular di laman sosial menunjukkan sekumpulan jemaah lelaki dan wanita melakukan beberapa pergerakan badan sambil mengalunkan bacaan yang tidak jelas sebutannya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel